Aidil Adha…. (Episode Duka)

Rasanya belom terlambat buatku mengucapkan salam Aidil Adha kepada semua muslimin muslimat sedunia. Jika tahun lepas aku bercuti seminggu untuk menyambut Aidil Adha bersama keluarga, tapi tahun ni aku memilih untuk tidak bercuti memandangkan cuti tahunan aku dah nak habis akibat menanggung pelbagai penyakit pada awal tahun. Daripada tulang belakang kembali sakit, aku seterusnya diserang asthma. Bukan itu sahaja, gigi-gigi yang berselirat dalam mulot pun mula buat hal.

Ok kembali kepada isu utama Aidil Adha…

Kebiasaanya kalau aku tak balik raya pun, aku akan amek cuti at least sehari, tapi tahun ni memang aku tak ambil cuti. Kebiasaannya juga aidil adha aku akan masak rendang dan kari untuk santapan di pagi raya, malah aku berbaju kurung baharu tiap kali pagi raya walaupun menyambutnya sedirian di rumah, tetapi tahun ini itu semua tidak terjadi… Urrrmmm langsung tiada mood raya. Dengar takbir memang sayu hati…sebab ni kali kedua aku tidak balik beraya setelah hampir 6 tahun menetap di Putrajaya.

Bertambah sendu hati apabila si ibu merajuk sampai tak nak jawab phone call… Ya Allah betapa berdosanya aku menyakitkan hati seorang ibu. Walaupun aku hanya mangsa tetapi tetap kesakitan itu terbawa dalam mood raya aku. Itu jugalah antara punca mengapa aku tidak ada persediaan raya langsung.

Mujur cik Bibah bawak balik lemang dan rendang, merasa la juga menu raya. Nak berjalan2 or join rewang memang tak la.. aku memang dari kecik tak reti bergaul…

Walaupun ini Aidil Adha yang paling sedih yang pernah aku lalui, namun aku bersyukur kerana masih berpeluang meraikannnya.

Mata memang kembang semangkok la bila do menetes air mata jek kerjanya. Ujian buat aku. Semoga aku akan lebih tabah menghadapi dugaanNya seterusnya.

Semua Allah mengampuni segala dosa kita Umat Muhammad….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s