Kehidupan Yang Complicated

Seperti manusia lain, aku juga pernah melalui zaman remaja. Zaman meningkat dewasa. Zaman penuh dengan keseronokkan dan kegembiraan bersama kawan-kawan.

Kalau aku nak cerita tentang kehidupan kanak-kanak aku… memang jenuh la nak membaca.

 Bosan pun ya juga. Ye la kehidupan budak kampong. Tapi apa yang aku cuba kongsikan disini, adalah situasi sekarang dan zaman aku dulu. Yup dah 10 tahun aku tinggalkan usia 18 tahun. Pada usia 18 tahun juga la aku pertama kali meninggalkan keluarga menaiki kapal terbang. Penerbangan pertama aku adalah dari Miri ke Labuan.

Dari sejak dari itulah aku tiap tahun terbang ulang alik Kampung dan Semenanjung. Dan bermula dari saat itulah aku hidup merantau di negeri orang. Hidup sebatang kara. Melalui banyak perkara buat pertama kali dalam hidup aku. Tapi Alhamdulillah, walaupun aku bergaul dengan kawan-kawan yang lebih kukuh kewangannya, aku tidak pernah tewas dan terikut-ikut. Kerana aku sedar, aku dari mana, aku sedar ibu bapa baku bukan orang senang. Takkan la aku nak makan sedap-sedap kat sini tapi mereka kat rumah makan ikan masin. Itu yang aku pegang sehingga sekarang.

Tapi apa yang dapat aku perhatikan remaja  zaman sekarang jauh berbeza. Sanggup menipu untuk mendapatkan duit untuk berfoya-foya dengan kengkawan. Contoh terdekat yang dapat aku perhatikan adalah ahli keluarga aku sendiri. Alhamdulillah aku mampu menyediakan tempat tinggal dan makan minum dirumah untuknya, tapi aku tak sangka budak mentah tu sanggup menipu untuk mendapat yang lebih daripada itu.

Baru sebulan bekerja, duit belanja kerja pun aku yang kasi, then nak berlagak hidup senang. Aku tak kisah la pasal baju2 aku yang kene rembat (walaupun sebenarnya aku pantang orang kacau pakaian aku) sebab aku tahu dia datang dengan kebodohan membawa baju 2 pasang sahaja… duit belanja yang aku bagi dibeli benda yang tak berfaedah, sedangkan berus gigi sebatang pun tak terbeli… memang dugaan betul la jaga anak orang. Baik aku jaga kucing daripada jaga orang yang keras kepala.

No wonder la selama ni kalau aku tinggalkan baju kat rumah, bila balik balik baju2 tu semua dah lesap. Yes memang aku dah kerja dan aku boleh beli mende2 tu semua bila2 masa. Tapi itu bukan tiket untuk aku bersedekah. Kalau baju yang baru sekali pakai pun dah kene rembat.

Wah amat buruk luahan hati aku ni… tapi dah panas sangat hati ni bila kene tipu darah daging sendiri.

Kalau tak kene gaya, aku senang hati nak sponsor tiket balik….

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s